Archive for August 2012

Intenco


posted by nasiruddin

2 comments


" kalau puasa aku sama sahaja dengan orang lain, buat penat je"
Dimulai dengan setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi kerana diberi kekuatan dan ruang untuk memulakan artikel pertama pada hari ke 14 Ramadan  1433 Hijrah ini. Secara ringkasnya, artikel pertama ini saya ingin berkongsi konsep niat. Betul, ini kelihatannya satu benda yang remeh temeh tapi sangat penting.

Peranan niat untuk mewujudkan ikhlas oii

           Kita semua adalah orang islam, Alhamdulillah. Tapi orang islam yang bagaimana. kebanyakan kita adalah seorang muslim disebabkan keturunan dan bukan oleh pilihan. Tapi itu bukanlah satu benda yang perlu dibesar-besarkan kerana manusia boleh berubah. Jadi penting untuk kita ingat bahawa Allah sentiasa memberi kita peluang untuk berubah dengan cara Allah menyembunyikan niat kita daripada pengetahuan orang lain. Tak ke susah tu kalau semua niat kita orang sekelilng boleh tahu.
‘Begin with the end in mind’
Teringat Stephen Covey, maka teringatlah salah satu die punya “7 Habits of Highly Effective People” iaitu ‘Begin with the end in mind’. Penggunaan end in mind atau dengan pengakhiran di minda adalah sama dengan konsep niat di dalam islam. Kita sebagai orang islam, cita- cita tertinggi adalah mati syahid di jalan Allah dan Dr. Aziz Rantisi bila ditanya 
“Are you not afraid to die?” 
jawapan dia menggegarkan hati sanubariku.
"It's death whether by killing or by cancer; it's the same thing. Nothing will change if it's an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache."
Dr. Abdel Aziz Ali Abdulmajid al-Rantissi , Pengasas Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah  (HAMAS)

  Dia telah menetapkan ‘end in mind’ dia untuk mati sebagai syuhada dan bukan mati di pembaringan. Alhamdulillah cita-citanya yang ditanam sejak sekian lama itu tercapai jua. Sekarang persoalannya adalah adakah kita semua telah menetapkan apa ‘end in mind’ kita atau dengan bahasa mudahnya adakah kita telah menetapkan bagaimana kita mahu meninggal kelak. Satu persoalan yang sukar saya kira. Rasulullah ada bersabda 
"Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati." (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.)
Aik, dah tu orang tak ingat mati tu bodoh-bodoh belaka ke?. Kewajaran di dalam hadith nabi ini terletak pada konsep kita sebagai seorang muslim iaitu dunia ini adalah satu ujian buat kita. Dunia ini adalah seperti penjara sebab di dunia ini, kita dilarang segala macam; tak boleh minum arak, tak boleh berzina, tak boleh makan riba, tak boleh segala benda. Tapi akhirat itu akan menjadi satu kenikmatan yang abadi sekiranya hidup di dunia ini berlandaskan syariat islam. 





"Doa memohon pengakhiran yang baik( Husnul Khatimah)"




              Semoga perkongsianku ini menjadi butir-butir pahala yang akan ku tuntut kemudian dan bukan ketulan-ketulan dosa yang perlu aku lunaskan kelak di akhirat.






sekian


...

...