Archive for November 2012

Islam Kembali Bangkit(1)


posted by nasiruddin

No comments


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Perubahan di dalam sejarah selalu dikaitkan dengan pemuda. Rasulullah SAW dan sahabat baginda juga adalah pemuda. Pemuda yang bukan diukur dengan banyaknya uban di kepala tapi oleh semangat dan cita yang berkobar-kobar di dalam dada. Cita cita untuk mendaulatkan syariat Allah di atas muka bumi ini. Cita-cita untuk memastikan tertegaknya keadilan keatas setiap makhluk Allah.

Allah SWT menyakinkan kita bahawa agama islam ini telah sempurna; tidak perlu kepada tokok tambah lagi seperti yang tertera pada surah Al-Maidah ayat 3. Asbab sempurnanya islam itu adalah kerana ianya merangkumi seluruh aspek kehidupan hinggakan  Saidina Abu Bakar RA pernah berkata " Jika seutas tali pengikat unta pun hilang dari jagaan saya, saya akan dapatinya dalam Al-Quran". Begitu sempurnanya islam yang menjadi solusi bagi setiap masalah kehidupan. Salah satu dilemma besar berkait soal kepimpinan di dalam islam adalah bagaimana rakyat perlu bertindak keatas seorang pemimpin islam yang zalim. Di dalam sejarah islam sekalipun, kita akan bertemu dengan nama pemerintah islam yang terkenal dengan kezaliman yang bernama Hajjaj As –Thaqafi[1]. Khalifah Umar Abdul Aziz memberikan gambaran kekejaman Hajjaj dengan berkata  “Andai setiap umat dan bangsa datang dengan segala kejahatan mereka; dan kita Bani ‘Umayyah datang dengan Al Hajjaj seorang, demi Allah takkan ada yang boleh mengalahkan kita”.

Sedar ataupun tidak, mahu ataupun tidak, kita berada di ambang kebangkitan semula islam. Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap 100 tahun, Allah akan menghantar seseorang untuk mentajdidkan (mengembalikan) semula kegemilangan islam [2]. Hakikat yang kita perlu terima adalah tumbangnya sistem khalifah pada 1924M telah menjadikan umat islam di seluruh dunia dizalimi tanpa sesiapa pun mampu berbunyi. Itulah yang digambarkan oleh Rasulullah dengan zaman pemerintahan yang sombong (Mulkan Jabariyyan)[3] dimana urusan umat islam dimain-mainkan. Keimanan kita pada hadith Rasulullah  menyakinkan kita bahawa sekarang kita berada pada waktu di mana kegemilangan islam bakal dikembalikan dan jihad menjadi salah satu kewajipan. Persoalan kepada setiap yang bergelar muslim samada ingin bersama ataupun mahu sekadar menjadi pemerhati; pemerhati yang hanya mampu mengeluarkan pandangan sesuka hati tanpa mengetahu keadaan sebenar ataupun kebersamaan yang menjadikan kita sabar dengan setiap tohmahan dan dugaan.

                Diantara sekian banyak salah faham (‘misconception’) terhadap agama yang suci ini, terdapat satu yang kita sebagai orang islam sendiri masih keliru. Sepertinya terdapat jurang yang besar diantara agama ini dan kehidupan penganutnya dan agama ini kelihatannya hanya mampu berdiam diri bila penganutnya dizalimi. Bahawa agama yang suci ini kononnya tiada apa-apa kaitannya  dengan kebangkitan umat islam di seluruh dunia. Bahawa kebangkitan umat islam di Jazirah Arab hanyalah disebabkan oleh kos sara hidup yang tinggi dan harga makanan yang meningkat mendadak tapi sedihnya penjelasan kita tersangkut di tahap situ sahaja.  Sukar untuk kita memikirkan dalam konteks yang lain bahawa mereka juga adalah orang yang berjihad menyatakan kebenaran kepada pemerintah.  Tidak juga tersampai di akal kita bahawa ini adalah sebahagian daripada rancangan Allah Jalla Wa Alla untuk men’tajdid’kan semula umat ini. Ya, aku katakan bahawa ianya adalah satu tanggungjawab untuk kita mengangkat semula sistem yang diredhai Allah ini. Ianya bukan satu kerja sukarela malahan satu kewajipan buat setiap orang yang mengucap bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah Dan Rasulullah Itu Pesuruh Allah.

Akan bersambung…




...

...