Archive for 2012

Program-Program Sekitar Disember :)


posted by Shoutul Humaira'

No comments

1) Jom Gather! :D


Jom Gather! Anda mendaftar ke belum? Apa tunggu lagi?
Jom sama-sama memeriahkan lagi program kita yang berlangsung di Edmonton, Canada!



2) Retraite de Winter Canada (RWC)! ;D

Bagi sesiapa yang akan ke east pulak pada winter ini,
Di sana jugak ada program untuk anda jugak..hehe


"Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara " [49:10]

Berikut adalah video RWC yang lepas




Anda boleh buat pendaftaran bagi kedua-dua program di atas di link di bawah:

http://gatheringkita.blogspot.ca/p/pendaftaran.html


3) Reviving The Islamic Spirit (RIS) :O


Program RIS ini akan berlangsung di Metro Toronto Convention Centre
pada Disember 21st - 23rd, 2012. Ini merupakan program RIS yang ke-11 diadakan!

Dapatkan tiket anda di

http://www.revivingtheislamicspirit.com/convention/index.php

4) MY Canada Games 

Anda ingat yang ada semuanya hanya program pengisian sahaja? Kita ada juga program Sukan Kanada (SUKAN) bagi yang suka bersukan!


Ini merupakan Canada Games yang kedua dianjurkan. Kepada anda yang berpeluang, ambillah bahagian!

http://www.mycanadagames.com/

5) Muktamar 2012

Bagi yang akan mengunjungi negara jiran kita, Amerika Syarikat, ambillah peluang ini untuk menyertai program Muktamar 2012 anjuran Malaysia Islamic Study Group (MISG) dan Indonesian Muslim Society in America (IMSA).


~*~

Bagaimana, banyak bukan program-program yang kita ada? 
Buatlah keputusan dengan baik ;)



Rancanglah masa cuti anda, kerana jika tidak, syaitan akan merancang untuk anda.


Islam Kembali Bangkit(1)


posted by nasiruddin

No comments


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Perubahan di dalam sejarah selalu dikaitkan dengan pemuda. Rasulullah SAW dan sahabat baginda juga adalah pemuda. Pemuda yang bukan diukur dengan banyaknya uban di kepala tapi oleh semangat dan cita yang berkobar-kobar di dalam dada. Cita cita untuk mendaulatkan syariat Allah di atas muka bumi ini. Cita-cita untuk memastikan tertegaknya keadilan keatas setiap makhluk Allah.

Allah SWT menyakinkan kita bahawa agama islam ini telah sempurna; tidak perlu kepada tokok tambah lagi seperti yang tertera pada surah Al-Maidah ayat 3. Asbab sempurnanya islam itu adalah kerana ianya merangkumi seluruh aspek kehidupan hinggakan  Saidina Abu Bakar RA pernah berkata " Jika seutas tali pengikat unta pun hilang dari jagaan saya, saya akan dapatinya dalam Al-Quran". Begitu sempurnanya islam yang menjadi solusi bagi setiap masalah kehidupan. Salah satu dilemma besar berkait soal kepimpinan di dalam islam adalah bagaimana rakyat perlu bertindak keatas seorang pemimpin islam yang zalim. Di dalam sejarah islam sekalipun, kita akan bertemu dengan nama pemerintah islam yang terkenal dengan kezaliman yang bernama Hajjaj As –Thaqafi[1]. Khalifah Umar Abdul Aziz memberikan gambaran kekejaman Hajjaj dengan berkata  “Andai setiap umat dan bangsa datang dengan segala kejahatan mereka; dan kita Bani ‘Umayyah datang dengan Al Hajjaj seorang, demi Allah takkan ada yang boleh mengalahkan kita”.

Sedar ataupun tidak, mahu ataupun tidak, kita berada di ambang kebangkitan semula islam. Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap 100 tahun, Allah akan menghantar seseorang untuk mentajdidkan (mengembalikan) semula kegemilangan islam [2]. Hakikat yang kita perlu terima adalah tumbangnya sistem khalifah pada 1924M telah menjadikan umat islam di seluruh dunia dizalimi tanpa sesiapa pun mampu berbunyi. Itulah yang digambarkan oleh Rasulullah dengan zaman pemerintahan yang sombong (Mulkan Jabariyyan)[3] dimana urusan umat islam dimain-mainkan. Keimanan kita pada hadith Rasulullah  menyakinkan kita bahawa sekarang kita berada pada waktu di mana kegemilangan islam bakal dikembalikan dan jihad menjadi salah satu kewajipan. Persoalan kepada setiap yang bergelar muslim samada ingin bersama ataupun mahu sekadar menjadi pemerhati; pemerhati yang hanya mampu mengeluarkan pandangan sesuka hati tanpa mengetahu keadaan sebenar ataupun kebersamaan yang menjadikan kita sabar dengan setiap tohmahan dan dugaan.

                Diantara sekian banyak salah faham (‘misconception’) terhadap agama yang suci ini, terdapat satu yang kita sebagai orang islam sendiri masih keliru. Sepertinya terdapat jurang yang besar diantara agama ini dan kehidupan penganutnya dan agama ini kelihatannya hanya mampu berdiam diri bila penganutnya dizalimi. Bahawa agama yang suci ini kononnya tiada apa-apa kaitannya  dengan kebangkitan umat islam di seluruh dunia. Bahawa kebangkitan umat islam di Jazirah Arab hanyalah disebabkan oleh kos sara hidup yang tinggi dan harga makanan yang meningkat mendadak tapi sedihnya penjelasan kita tersangkut di tahap situ sahaja.  Sukar untuk kita memikirkan dalam konteks yang lain bahawa mereka juga adalah orang yang berjihad menyatakan kebenaran kepada pemerintah.  Tidak juga tersampai di akal kita bahawa ini adalah sebahagian daripada rancangan Allah Jalla Wa Alla untuk men’tajdid’kan semula umat ini. Ya, aku katakan bahawa ianya adalah satu tanggungjawab untuk kita mengangkat semula sistem yang diredhai Allah ini. Ianya bukan satu kerja sukarela malahan satu kewajipan buat setiap orang yang mengucap bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah Dan Rasulullah Itu Pesuruh Allah.

Akan bersambung…




Intenco


posted by nasiruddin

2 comments


" kalau puasa aku sama sahaja dengan orang lain, buat penat je"
Dimulai dengan setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi kerana diberi kekuatan dan ruang untuk memulakan artikel pertama pada hari ke 14 Ramadan  1433 Hijrah ini. Secara ringkasnya, artikel pertama ini saya ingin berkongsi konsep niat. Betul, ini kelihatannya satu benda yang remeh temeh tapi sangat penting.

Peranan niat untuk mewujudkan ikhlas oii

           Kita semua adalah orang islam, Alhamdulillah. Tapi orang islam yang bagaimana. kebanyakan kita adalah seorang muslim disebabkan keturunan dan bukan oleh pilihan. Tapi itu bukanlah satu benda yang perlu dibesar-besarkan kerana manusia boleh berubah. Jadi penting untuk kita ingat bahawa Allah sentiasa memberi kita peluang untuk berubah dengan cara Allah menyembunyikan niat kita daripada pengetahuan orang lain. Tak ke susah tu kalau semua niat kita orang sekelilng boleh tahu.
‘Begin with the end in mind’
Teringat Stephen Covey, maka teringatlah salah satu die punya “7 Habits of Highly Effective People” iaitu ‘Begin with the end in mind’. Penggunaan end in mind atau dengan pengakhiran di minda adalah sama dengan konsep niat di dalam islam. Kita sebagai orang islam, cita- cita tertinggi adalah mati syahid di jalan Allah dan Dr. Aziz Rantisi bila ditanya 
“Are you not afraid to die?” 
jawapan dia menggegarkan hati sanubariku.
"It's death whether by killing or by cancer; it's the same thing. Nothing will change if it's an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache."
Dr. Abdel Aziz Ali Abdulmajid al-Rantissi , Pengasas Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah  (HAMAS)

  Dia telah menetapkan ‘end in mind’ dia untuk mati sebagai syuhada dan bukan mati di pembaringan. Alhamdulillah cita-citanya yang ditanam sejak sekian lama itu tercapai jua. Sekarang persoalannya adalah adakah kita semua telah menetapkan apa ‘end in mind’ kita atau dengan bahasa mudahnya adakah kita telah menetapkan bagaimana kita mahu meninggal kelak. Satu persoalan yang sukar saya kira. Rasulullah ada bersabda 
"Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati." (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.)
Aik, dah tu orang tak ingat mati tu bodoh-bodoh belaka ke?. Kewajaran di dalam hadith nabi ini terletak pada konsep kita sebagai seorang muslim iaitu dunia ini adalah satu ujian buat kita. Dunia ini adalah seperti penjara sebab di dunia ini, kita dilarang segala macam; tak boleh minum arak, tak boleh berzina, tak boleh makan riba, tak boleh segala benda. Tapi akhirat itu akan menjadi satu kenikmatan yang abadi sekiranya hidup di dunia ini berlandaskan syariat islam. 





"Doa memohon pengakhiran yang baik( Husnul Khatimah)"




              Semoga perkongsianku ini menjadi butir-butir pahala yang akan ku tuntut kemudian dan bukan ketulan-ketulan dosa yang perlu aku lunaskan kelak di akhirat.






sekian


Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam (1)


posted by nasiruddin

No comments


 Saya ingin berkongsi slaid pembentangan saya yang lalu. sebarang penambah-baikkan adalah digalakkan. penjelasan lengkap akan menyusul.

---->  Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam

 sekian


Dakwah: Antara Hujan dan Banjir


posted by Pioneer of Legacy

No comments

Assalamualaikum wbt..... daripada Pioneer of Legacy.

Hari ini saya ingin berbincang sedikit mengenai dakwah. Tadi waktu pergi solat Jumaat khatib telah menyampaikan khutbah mengenai tanggungjawab dakwah. Sangat menarik pengisian yang telah dimasukkan dalam khutbah tersebut. Saya terasa terpanggil untuk berkongsi sedikit-sebanyak dapatan daripada khutbah tadi, insyaAllah.

Mungkin hadis paling popular dalam perbincangan mengenai dakwah ialah:

Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!" (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Namun, bagi sesetengah orang, mungkin mereka kurang nampak ketegasan tuntutan dakwah hanya sekadar mendengar hadis ini. Mungkin setengah daripada mereka akan lebih bermotivasi dengan hadis ini:

Daripada Abu Mas'ud iaitu 'Uqbah bin 'Amral-Anshari al-Badri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang memberikan petunjuk atas kebaikan, maka baginya adalah seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu."(Riwayat Muslim)

Walaubagaimanapun, mungkin masih ada sebahagian daripada kita yang enggan dan berlengah daripada usaha dan tanggungjawab dakwah. Ada satu lagi hadis yang ingin saya kongsikan di sini:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Mereka yang enggan berdakwah sekalipun bertanggungjawab menyampaikan ilmu jika ada orang yang mencarinya. Sedarlah betapa pentingnya dakwah dalam kehidupan seorang Muslim.

Saya rasa sudah cukup pencerahan tadi mengenaikan mengapa dakwah. Okey. Sekarang bila rasa ingin berdakwah, kita harus juga tahu cara-cara yang berhikmah untuk berdakwah. Dakwah untuk seorang insan kepada insan yang lain berbeza mengikut fikrah dan keadaan mad'u tersebut. Seorang da'ie mestilah peka dengan situasi mad'u jika mahu dakwah yang dijalankan berkesan.

Antara kaedah dakwah yang berkesan ialah menyampaikan risalah-risalah dakwah secara berperingkat dan berkala. Mustahil untuk kebanyakan orang menerima dakwah sekaligus. Bak kata orang tempat saya, "Its overwhelming". Jadi, kita kenalah berdakwah sedikit demi sedikit. Allah SWT juga menurunkan hujan sedikit demi sedekit agar kita dapat merasai rahmat-Nya ini. Jika Allah SWT menurunkan hujan secara tidak berhenti dan mencurah-curah, maka binasalah kita ditenggelami banjir seperti yang berlaku kepada kaun Nabi Nuh as.

Begitu juga dengan situasi dakwah. Dakwah secara berperingkat boleh memberikan kesempatan dan ruangan kepada mad'u untuk menikmati rahmat Allah. Sekiranya terlalu banyak yang disampaikan pada satu masa, dirisaukan mad'u tersebut akan terasa terbeban malah mereka juga mungkin terkeliru dengan mesej-mesej dakwah yang dibawa oleh si da'ie. Di sini kita lihat betapa pentingnya strategi dakwah secara berhikmah.

Dalam menyusun strategi dakwah, kita harus memastikan Al-Quran dan As-Sunnah menjadi panduan utama. Menjadi satu kerisauan jika kita terlalu bergantung dengan bahan-bahan 'secondary' seperti buku-buku moden dan terlalu cuba menjustifikasikan ilmu sains barat dengan ilmu Al-Quran. Berbeza dengan ilmu dalam Al-Quran, ilmu sains tidak bersifat muktahir. Al-Quran kekal bersifat 'Haq' tanpa mengira peredaran masa. Sebaliknya bagi ilmu sains, teori-teori sains berubah saban tahun dan terlalu banyak masih belum terungkai. Tindakan cuba memastikan kebenaran Al-Quran melalui ilmu sains semata-mata mungkin bersifat 'reckless' atau terburu-buru kerana adakah mungkin segala ilmu sains and ada sekarang benar-benar terbukti? Terlalu banyak persoalan dan percanggahan pendapat dalam komuniti saintifik yang boleh mendatangkan keraguan dalam sesuatu teori sains.

Indahnya Al-Quran kerana tiada keraguan di dalamnya. Oleh itu, wajib kita sebagai bakal-bakal da'ie untuk memastikan panduan utama kita adalah Kitabul Karim ini. Satu lagi strategi dakwah berhikmah yang ingin saya kongsikan di sini ialah 'menangguhkan jawapan'.

Kadang-kadang, kita diberikan soalan daripada mad'u yang dihampiri yang kita sendiri kurang jelas akan jawapannya. Seharusnya kita perlu jujur kepada mad'u dan menangguhkan daripada menjawab soalan tersebut agar kita berpeluang mencari jawapan yang lebih jelas atau kita boleh mengajukan soalan tersebut kepada orang yang kita rasa lebih mengetahui jawapannya. Saya akui agak sukar untuk menghalang diri daripada terus menjawab soalan-soalan mad'u tetapi bila kita fikirkan, memberikan jawapan kurang jelas kepada mad'u boleh menjejaskan dakwah yang cuba kita sampaikan.

Saya rasa majoriti daripada para pembaca mengetahui semua perkara yang saya bangkitkan dalam penulisan ini. Sememangnya, ia lebih bersifat peringatan kepada kita semua, terutamanya kepada diri saya sendiri. Jika ada kesilapan dalam penulisan ini, saya harap saudara pembaca boleh menegur saya agar kita sama-sama mendapat manfaat. Sekian. Wallahualam.

Kemuliaan Anak Adam dan Lailatul Qadr.


posted by Pioneer of Legacy

2 comments

Assalamualaikum w.b.t.... daripada Pioneer of Legacy kepada rakan-rakan pembaca.
 
   Dalam kesempatan kita menyambut kedatangan Ramadan, saya terasa terpanggil untuk menulis sedikit pengisian yang mudah-mudahan dapat mengingatkan diri saya dan rakan-rakan mengenai perkara-perkara penting yang boleh membantu kita memanfaatkan masa kita terutamanya dalam bulan Ramadan dengan semaksima yang boleh. Tanpa berlengah, saya akan masuk ke topic perbincangan kita. 


Apakah itu Ramadan? Mungkin kepada ramai di antara kita, bulan Ramadan ialah bulan puasa. Maknanya, ia bulan untuk kita berlapar. Mungkin kepada sesetengah yang lain, ia merupakan bulan ekonomi. Bazaar Ramadan, jualan kuih, tempahan baju dan langsir untuk hari raya dan pelbagai peluang pendapatan yang lain. Mungkin juga kepada sebahagian daripada kita, bulan ini merupakan bulan yang tiadanya hantu kerana syaitan-syaitan dibelengu. Mungkin, mungkin dan mungkin. 


Tetapi mungkin juga kepada sebahagian di antara kita, bulan ini merupakan suatu nikmat masa dan kesempatan untuk kita terus mengumpul amalan dalam ketika sisa hayat kian tipis dan ajal maut boleh menjelma tidak kira masa. Benar, dalam bulan ini terdapat tawaran yang berbeza daripada bulan-bulan lain, ‘Mega Sale’ yang terhebat dalam setahun yang tidak mungkin ditandingi oleh apa sahaja tawaran yang boleh manusia tawarkan. Malah, dalam bulan ini juga terdapat satu ‘super limited-time offer’ yang dikenali sebagai Lailatul Qadr. Jadi, di manakah letaknya kita di antara semua golongan ini?


Saya gemar meminjam kata-kata seorang jauh lebih berilmu daripada saya. Beliau bercerita mengenai kehebatan Lailatul Qadr. Mengapakah malam ini begitu hebat sehingga disebut dalam Al-Quran sebagai malam yang lebih baik daripada 1000 bulan? Malah, para Malaikat turun pada malam tersebut. Namun, jika kita mahu mengetahui mengenai perkara paling penting yang menjadikan malam ini sangat istimewa, kita perlu memahami ayat yang pertama. “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar [97:1]” Turunnya mukjizat Al-Quran pada malam ini membuatkannya istimewa. Sesungguhnya kita harus kembali kepada Al-Quran jika mahu menikmati keindahan Lailatul Qadr.



Kita sering mendengar orang ramai yang menilik-nilik bila akan tiba Lailatul Qadr agar boleh beribadah pada malam tersebut. Sayang betapa terpesongnya niat kita memburu Lailatul Qadr. Mungkin sedikit sebanyak, kita terpengaruh dengan pengiraan matematik bahawa jika beramal pada satu malam lebih baik daripada 1000 bulan, maka tidak salah untuk ‘kurang beramal’ selama 11 bulan kerana dalam bulan yang ke-12 (Ramadan) amalan pada Lailatul Qadr boleh menutup segala kelalaian yang sebelum itu. Seharusnya kita mengambil iktibar daripada Surah Al-Qadr di mana malam itu telah dimuliakan dengan kehadiran Al-Quran. Alangkah betapa mulianya anak-anak Adam yang sifat penciptaan yang sebaik-baik ciptaan turut dimuliakan dengan menghadirkan Al-Quran dalam serba-serbi kehidupan.

Ini adalah peringatan untuk kita bersama. Saranan saya adalah agar kita memuliakan Al-Quran dalam hidup kita agar Al-Quran dapat memuliakan kita. Saya menulis karangan ini sambil menonton Musabaqah Al-Quran di TV1, dan pengacara program turut menggalakkan kita memahami Al-Quran dan melazimkan mentadabbur Al-Quran. Anak-anak kecil tidak meragam ketika mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sudah cukup untuk menceritakan kebesaran mukjizat ini. Memang rugi kita sebagai ummat Rasulullah SAW jika tidak menghayati Al-Quran kerana mukjizat inilah yang memuliakan kita untuk beramal dengan amalan yang setanding dengan ummat Nabi Nuh as yang hidup ratusan tahun dalam usia yang jauh lebih singkat. Malah, satu-satunya nabi yang dimakbulkan doa untuk menjadi ummat Nabi Muhammad SAW ialah Nabi Isa as. Mengapa pula kita tidak melahirkan kesyukuran atas apa yang kita nikmati? 

Jadi, bersempena bulan Ramadan yang secara fitrahnya sering Berjaya melembutkan hati ramai di antara kita untuk dekat dengan Al-Quran, dekat dengan masjid dan surau, cuba kita manfaatkannya dengan sepenuhnya. Cuba kita istiqamah untuk ‘bukan setakat Ramadan’. Sekian buat masa ini. Wallahualam.

Mengenang Isra' dan Mikraj: Tom n' Jerry, Susu dan Arak


posted by Pioneer of Legacy

4 comments

Assalamualaikum w.b.t....daripada Pioneer of Legacy

   Rasanya ini post saya yang pertama dalam blog ini. Dah lama sebenarnya saya berhasrat nak tulis sesuatu dalam blog ini, namun sikap malas sering menjadi penghalang. Oleh itu, jangan jadi seperti saya, muslim yang sejati tidak akan tunduk pada sikap malas. Alhamdulillah, Ramadan yang bakal menjelang telah 'mencas' tenaga iman untuk menjadi kurang malas, dan hasilnya tercetus penulisan saya yang tidak seberapa ini. Saya bukanlah seorang yang pakar namun ia bukan penghalang untuk berkongsi ilmu dan pendapat. InsyaAllah, saya yakin akan sumber-sumber yang saya gunakan dalam penulisan ini. Sebarang pendapat yang dilontarkan bersifat peribadi, dan tidak menggambarkan pendapat ahli-ahli Keluarga UBC yang lain. Saya harap ada 'feedback' daripada rakan-rakan pembaca untuk saya terus memperbaiki diri InsyaAllah...

Okay, cukup pengenalan ringkas itu, saya akan terus ke isu yang saya ingin kongsikan. Semalam ketika saya sedang menaiki koc baru KTM (terima kasih kepada semua pihak yang berusaha menyediakan penambahbaikan terhadap pengangkutan awam seperti ini, sejuk hati bila nampak perubahan seperti ini selepas hampir 10 bulan meninggalkan tanah air. Syabas!) saya sempat menonton beberapa episod cerita Tom n' Jerry menerusi monitor-monitor yang disediakan di dalam koc.

Terdetik satu persoalan yang tidak saya sedari semasa saya menonton cerita yang sama sebagai seorang anak kecil. Ramai orang menggelakkan 'kebodohan' Tom yang sering diperdaya oleh Jerry. Budak-budak kecil memuji kepintaran Jerry dan menyalahkan Tom atas 'kejahatannya' yang ingin memakan Jerry. Benar, sewaktu zaman kecil-kecil dahulu saya juga mempunyai pandangan yang sama. Namun, realiti dunia menyatakan suatu kejahatan yang tersembunyi dalam kisah ini. Ia adalah penentangan terhadap fitrah!



Tikus adalah makanan/mangsa kucing. Ini adalah satu bentuk fitrah alam. Malah ia boleh dikatakan undang-undang realiti kehidupan alam. Dalam istilah sainsnya, ia dipanggil rantai/jaringan makanan. Namun, bila situasi mecabar fitrah seperti ini ditonjolkan dalam media yang amat menarik minat anak-anak kecil seperti rancangan kartun ini, ia menjadi sesuatu yang amat bahaya. Kanak-kanak amat mudah terpengaruh dengan apa yang mereka saksikan, bahkan ramai antara mereka yang mengambil serius akan apa yang dilihat. 

Perkara ini amat halus dan licik. Ibu bapa kebiasaannya tidak membetulkan atau menerangkan keadaan realiti kepada anak-anak kerana beranggapan cerita tersebut sebagai kisah komedi yang tidak serius. Walhal hakikatnya, anak-anak mereka menyerap mesej-mesej dalam cerita tersebut. Malah, ada anak-anak yang cuba mencontohi 'pranking attitude' Jerry kerana menyangka ia sebagai perwatakan karekter yang pintar.

Di sini, sikap/idea yang kurang berakhlak sudah sedikit tertanam, memalapkan lubuk sanubari si bintang-bintang kecil kesayangan ibu bapa. Lihat berapa halusnya perkara ini! Memang, ada orang yang menganggap perkara ini seperti remeh dan agak 'over the top'. Cuma, cuba luangkan sedikit masa dan berfikir sejenak, adakah hikmah dalam apa yang saya utarakan.

Saya berhenti seketika daripada kisah Tom n' Jerry kerana mungkin ia tidak menarik bagi rakan-rakan pembaca yang lebih gemar cerita yang bernada Islamik. Saya ingin menyentuh satu peristiwa dalam Isra' dan Mikraj di mana Rasulullah SAW diberi pilihan minuman susu atau arak. Baginda SAW telah memilih susu, dan dalam penerangan ustaz-ustaz yang saya pernah jumpa, peristiwa ini menunjukkan kecenderungan seorang insan untuk memilih fitrah. Susu merupakan minuman yang terhasil secara semula jadi manakala arak pula terdapat banyak campurtangan manusia dalam penghasilannya. Sememangnya, ciptaan Allah secara semulajadi adalah yang terbaik dan paling hampir dengan fitrah manusia. Maka, tindakan baginda SAW memilih susu tersebut digambarkan dengan memilih fitrah.



Seorang ustaz yang saya hormati dalam satu majlis ilmu sempena Nisfu Syaaban mengkaitkan peristiwa dalam Rasulullah SAW memilih susu ini dengan keberkesanan syariat Allah dalam menepati/memenuhi keperluan manusia. Sesungguhnya, Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui akan apa yang tersirat dalam hati-hati hamba-Nya. Ustaz tersebut ada memetik satu senario yang pada saya cukup jelas menceritakan mengenai fitrah manusia dan syariat Allah.
Seorang bapa telah bertungkus-lumus bekerja untuk membesarkan seorang anak lelaki dan memberikannya pendidikan yang sebaik mungkin. Alhamdullilah, anak tersebut membesar sebagai sorang remaja yang baik, berakhlak dan pintar. Mendapat "straight A's" dalam SPM. Tiba-tiba, pada suatu hari, seorang Mat Rempit melanggar anak lelaki tadi atas kecuaian menunggang motosikal yang berulang, menyebabkan kematiannya. Menurut Seksyen 41 A.P.J. 1987 di mahkamah kerana memandu dengan melulu dan bahaya. Sabit kesalahan, boleh di penjara 10 tahun. Mat Rempit tadi dipenjarakan selama 10 tahun, makan minum ditanggung. Jika bapa mangsa tadi tidak puas hati, Mat Rempit tadi akan turut dikenakan kompaun yang akan diserahkan kepada pihak berkuasa. Fitrah mengatakan bapa tadi tidak akan berpuas hati dengan keadaan ini. Namun, inilah yang ditawarkan oleh undang-undang campurtangan manusia. Jika menurut undang-undang fitrah ciptaan Allah, bapa tadi boleh menuntut nyawa Mat Rempit tadi atas kebenaran hakim, atau dia boleh menuntut pampasan bernilai 100 ekor unta (anggaran RM500,000 jika seekor unta RM5,000) atau dia boleh memaafkannya. Cuba kita bandingkan, undang-undang manakah agaknya lebih dekat dengan fitrah manusia yang berakal. Undang-undang yang dibawa dari Barat yang menganggap manusia berasal daripada monyet ini menyangkal undang-undang fitrah sebagai ganas, 'barbaric' dan kuno. Namun, itu yang mereka anggap sebagai fitrah kejadian manusia yang mereka kelaskan sebangai haiwan yang berevolusi. Oleh itu, sebagai orang Islam yang mempercayai kejadian Adam as, mengapa ada antara kita yang menolak fitrah?

Kita kembali kepada cerita Tom n' Jerry tadi. Sentimen-sentimen melawan fitrah seperti ini banyak dipamerkan dalam pelbagai rancangan terutamanya kartun di televisyen. Kita sudah nampak hasilnya, penerimaan terhadap LGBT, tentangan terhadap cara penyembelihan Islam, halangan terhadap pemakaian tudung, isu feminism dan lain-lain. Perkara-perkara ini mula timbul pada abad ini sejak penggunaan media secara meluas. Jika kita kembali kepada akarnya, semua masalah ini berpunca daripada persoalan keadaan sebenar fitrah manusia yang bercanggah dari tuntutan Islam. Isu tudung dan feminism misalnya, adab 'modesty' golongan hawa merupakan suatu yang fitrah dan diiktiraf oleh seluruh dunia sehingga Edward Bernays (anak saudara Sigmund Freud) menggunakan ilmu psikologinya untuk memengaruhi penduduk wanita menjadi 'kurang wanita' selepas dunia mensinonimkan wanita=tertindas. 

Benar, penindasan terhadap wanita merupakan sesuatu yang salah, malah fitrah dunia menyatakan wanita sangat bernilai dan perlu dilindungi. Sayangnya, Edward Burnays mengambil kesempatan menanam persaingan jantina yang bercanggah dengan fitrah (bukan persaingan yang sihat) dengan meninggalkan sikap santun (modesty) dan menjadi semakin 'bold' sehingga terhasilnya keadaan haru-biru berbaur jahilliyah yang ada sekarang ini. Saranan saya, kita perlu kembali kepada fitrah, caranya ialah dengan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW. Dua sumber utama ini merupakan manual untuk kita kembali kepada fitrah, kepada keadaan penciptaan Adam sebagai sebaik-baik ciptaan. Wallahualam....

P/S. Sila komen dan perbetulkan di mana saya silap. Sekian, terima kasih.

Don't Let The Dun'ya Deceive You


posted by Amani on

1 comment

Baitul Munawwar


posted by hawariyyun

No comments


Rumah comel dan gelap ini,

Mahu memenuhi,

Jiwa-jiwa yang besar,

Dengan cahaya,

Yang tidak akan terpadam.



Siti Hazneza Abdul Hamid

Baitul Munawwar 5607 Presidents Row

28 Rejab 1433/ 18 Jun 2012

p/s:  A.Nuar dah beli dua lampu:-)

Exam


posted by keluargaubc on

No comments



Kredit kepada Minda Pemuda


" Siapakah yang pernah merasakan jatuh kecuali orang yang pernah memanjat.
  Yang pernah merasakan rugi kecuali yang pernah berniaga.

  Namun setelah berusaha dan sesekali terjatuh, tidaklah ada rasa putus asa
  kerana sudah tahu tentang
  adanya garis takdir itu.
  
  Lalu kita pun bangkit semula
  dan berusaha
  serta memohon agar usaha kita kali ini
  berkenan pula dengan kehendak Allah
  dan diperkenankannya kejayaan. "

  -  HAMKA, Dari Lembah Chita-Chita


Kredit kepada Kak Neza

Pertama - Sebelum Aku Terima Nikahnya


posted by Shoutul Humaira'

2 comments


Salam
Hari ini Shoutul Humaira nak kongsi satu video yang dibuat oleh ikhwah dan akhwat 
dari Jordan University of Science and Technology

itu ja kowt

terima kasih
Shoutul Humaira

Sepatah kata mencuit rasa


posted by keluargaubc

1 comment



Tali yang mengikat kita ini

lebih kuat

daripada aliran darah

yang mengisi pembuluh diri

aqidah

tegak atas tangga kedua cinta

kasih murni

alas anyamnya berlapang dada;

memberikan alasan atas setiap perbuatan

terutama yang melukakan

dipintal kukuh dengan musawwah;

tidak memperkecil hanya kerana

jantina kita berbeza

menanti sulaman ithar;

ketika kita saling mendahulukan

demi naungan pada hari

matahari tegak atas kepala

Siti Hazneza Abdul Hamid
Faculty of Forestry, UBC-Vancouver
29 Januari 2012

Ashabul Ukhdud


posted by Shoutul Humaira'

No comments


Salam

hari ini shoutul humaira nak kongsikan kisah ashabul ukhdud

video 1


 Shuhaib bin Simaan Arrmmi ra. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda:



      Di masa dahulu ada seorang raja (Yahudi) yang mempunyai seorang yang ahli sihir, kemudian ketika ahli sihir telah tua ia berkata kepada raja: "Kini aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku, karena itu anda kirim kepadaku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir" 


       Maka raja berusaha mendapat seorang pemuda untuk mempelajari ilmu sihir itu, sedang di tengah jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah pemuda itu ada tempat seorang pendeta (ahli ibadah) yang mengajar agama, maka pada suatu masa pemuda itu singgah di tempat pendeta untuk mendengarkan pengajiannya, maka ia tertarik dengan ajaran pendeta itu sehingga jika ia terlambat datang kepada ahli sihir dia akan dipukul, dan bila terlambat kembali ke rumahnya juga dia dipukul, maka ia mengadu tentang kejadian itu kepada pendeta. Maka diajar oleh pendeta jika terlambat datang kepada ahli sihir supaya berkata aku ditahan oleh ibuku, dan bila terlambat kembali ke rumah katakan: Aku ditahan oleh ahli sihir.



      Maka berjalan beberapa lama kemudian itu, tiba-tiba pada suatu hari ketika ia akan (hendak) pergi, mendadak (tiba-tiba) di tengah jalan ada seekor binatang buas sehingga orang-orang (ramai) tidak berani jalan di tempat itu, maka pemuda itu berkata: "Sekarang aku akan mengetahui yang mana lebih yang lebih baik di sisi Allah apakah ajaran pendeta atau ajaran ahli sihir", lalu ia mengambil sebutir batu dan berdoa "Ya Allah jika ajaran pendita itu lebih baik di sisimu maka bunuhlah binatang itu supaya orang-orang dapat lalu lalang di tempat ini".Lalu dilemparkanlah batu itu, dan langsung terbunuh binatang itu. Dan orang ramai gembira karena telah dapat lalu lintas di jalan itu.

     Maka ia langsung memberitakan kejadian itu kepada Rahib (pendita), maka berkatalah Rahib itu kepadanya : "Anda kini telah afdhat (pesan) daripadaku, dan anda akan diuji, maka jika diuji jangan sampai menyebut namaku". Kemudian pemuda itu dapat menyembuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit yang berat-berat pada semua orang.



    Ada seorang pembesar dalam majlis raja dan dia telah buta karena sakit mata, ketika ia mendengar berita bahwa ada seorang pemuda dapat menyembuhkan pelbagai macam penyakit maka ia segera pergi kepada pemuda itu sambil membawa hadiah yang banyak, sambil berkata: "sembuhkan aku, dan aku sanggup memberikan kepadamu apa saja yang anda suka".

    Jawab pemuda itu: "Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang pun sedang yang menyembuhkan hanya Allah azza wajalla, jika engkau mahu beriman (percaya) kepada Allah, maka aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkan mu".



   Maka langsung dia beriman kepada Allah dan didoakan oleh pemuda dan seketika itu juga ia sembuh dengan izin Allah s.w.t. Kemudian ia kembali ke majlis raja sebagaimana biasanya, dan ditanya oleh raja 

"Hai Fulan siapakah yang menyembuhkan matamu" Jawabnya "Rabbi (Tuhanku)". Raja bertanya: "Aku?". 

Jawabnya "Bukan, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu iaitu Allah". Ditanya oleh Raja "Apakah anda mempunyai Tuhan selain Aku?" Jawabnya "Ya, Tuhan ku dan Tuhanmu ialah Allah".


   Maka disiksa oleh raja seberat-beratnya siksa sehingga terpaksa ia memberitahu raja itu akan pemuda yang mendoakannya untuk sembuh itu.Maka segera dipanggil pemuda itu lalu berkata "Hai anak sungguh hebat sihirmu sehingga dapat menyebuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit"



   Jawab pemuda itu "Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan siapa pun, hanya semata-mata Allah azza wa jalla". Raja itu pun bertanya "Adakah aku?", "Tidak" jawab permuda itu. maka tanya raja itu "Adakah engkau ada tuhan lain selain aku?" Jawab pemuda "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu hanya Allah". Maka pemuda itu ditangkap dan disiksa seberat-beratnya sehingga terpaksa dia menunjukkan pada Rahib yang mengajarnya. Maka dipanggil Rahib dan dipaksa untuk meninggalkan agamanya, tetapi Rahib tetap bertahan dan tidak mahu beralih agama, maka diletakkan gergaji di atas kepalanya dan digergaji dari atas kepalanya hingga terbelah dua badannya.

    Kemudian kembali pemuda itu diperintah untuk meninggalkan agama yang dianutnya (agama Islam), tetapi pemuda ini juga menolak perintah raja, Maka raja memerintahkan supaya pergi ke puncak gunung dan di sana juga supaya ditawarkan kepadanya untuk meninggalkan agamanya dan mengikuti agama raja, jika tetap menolak supaya dilempar dari atas gunung itu, maka ketika telah sampai di atas gunung dan ditawarkan kepadanya pemuda untuk berubah agama, dan ditolak oleh pemuda itu. Kemudian pemuda itu berdoa "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta: (Ya Allah selesaikanlah urusanku dengan mereka ini dengan aku sehendak-Mu)". Tiba-tiba gunung itu bergoncang sehingga mereka berjatuhan dari atas bukit dan mati semuanya, maka segeralah pemuda itu kembali menemui raja, dan ketika ditanya: "Manakah orang-orang yang membawamu?". Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan urusan mereka".



   Lalu pemuda itu diperintah untuk membawanya ke laut dan naik perahu, bila telah sampai di tengah laut ditanyakan padanya jika ia mau mengubah agama, jika tidak maka lemparkan ke dalam laut dan ketika telah sampai di tengah laut pemuda itu berdoa: "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta", maka tenggelamlah orang yang membawanya semuanya dan segeralah pemuda kembali menghadap raja. Dan ketika ditanya oleh raja "Bagaimana keadaan orang-orang yang membawamu?" Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan mereka".


ceramah dr asri pasal ashabul ukdud



Kemudian pemuda itu berkata kepada raja "Engkau takkan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku" Raja bertanya: "Apakah perintahmu?" 

      Jawab pemuda: "Kau kumpulkan semua orang di suatu lapangan, lalu engkau gantung aku di atas tiang, lalu anda ambil anak panah milikku ini dan kau letakkan di busur panah dan membaca: Bismillahi Rabbil ghulaarn (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini), kemudian anda lepaskan anak panah itu, maka dengan itu anda dapat membunuhku". Maka semua usul pemuda itu dilaksanakan oleh raja, dan ketika anak panah telah mengenai pelipis pemuda itu ia mengusap dengan tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata: "Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)". Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahwa semua rakyat telah beriman kepada Tuhannya pemuda itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang banyak ini. 




    Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya tentang agamanya, jika ia tetap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu.



    Maka adanya orang berjejal-jejal (berbaris-baris) dorong mendorong yang masuk di dalam parit api itu, sehingga tiba seorang wanita yang menggandong(membawa) bayinya yang masih menyusu, ketika bayinya diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk dimasukkan kedalam parit berapi itu, wanita itu hampir menurut mereka berganti agama karena sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu, tiba-tiba anak bayi itu berbicara dengan suara lantang: "Sabarlah hai ibuku karena kau sedang mempertahankan yang hak. 

sekian
Shoutul humaira

...

...